The latest news on global issues

Provided by AGP

Cloudera Melancarkan Workflow Data Fabric Zero Copy Connector untuk ServiceNow

Integrasi baharu dan kerjasama yang dipertingkatkan dengan ServiceNow membolehkan pelaksanaan AI autonomi secara masa nyata tanpa pemindahan data, sambil mengekalkan tadbir urus menyeluruh merentas persekitaran hibrid.

SAN JOSE, California, May 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya syarikat yang membawa AI ke data di mana sahaja, hari ini mengumumkan di persidangan Knowledge26 anjuran ServiceNow mengenai ketersediaan Workflow Data Fabric Zero Copy Connector untuk ServiceNow. Integrasi baharu ini menghubungkan data lakehouse hibrid dengan aliran kerja pintar secara lancar, membolehkan pelaksanaan AI autonomi yang selamat dan masa nyata tanpa keperluan penduaan data yang berkos tinggi.

Apabila organisasi berlumba untuk mengoperasikan AI, banyak yang berdepan satu halangan asas: data mereka. Walaupun pelaburan kukuh dan strategi yang jelas telah dilaksanakan, kebanyakan perusahaan masih bergelut untuk mengakses, menyepadukan dan mentadbir data dalam persekitaran yang berpecah-belah. Malah, hampir 8 daripada 10 organisasi menyatakan bahawa inisiatif AI mereka terhalang akibat akses data yang tidak lengkap. Jurang ini mendorong permintaan terhadap seni bina baharu yang menghapuskan keperluan pemindahan data serta membolehkan AI dilaksanakan terus di lokasi data disimpan.

Penyambung ini membolehkan perusahaan membuat pertanyaan data secara langsung di lokasi asalnya. Ia menghapuskan keperluan pemindahan data tradisional sambil mengekalkan piawaian keselamatan dan tadbir urus yang ketat. Dengan menghapuskan “cukai pemindahan data,” organisasi dapat memintas saluran pemindahan data, mengurangkan kos dan mengelakkan storan berlebihan. Pada masa yang sama, data sensitif (PII, PHI, PCI) kekal selamat dalam persekitaran hibrid terlindung serta patuh kepada peratruran seperti EU AI Act, DORA, dan HIPAA.

“Perusahaan tidak dapat menskalakan AI autonomi tanpa keupayaan untuk membuktikan sebab keputusan dibuat,” kata Leo Brunnick, Ketua Pegawai Produk Cloudera. “Tanpa kebolehjejakan ini, organisasi tidak dapat melaksanakan ejen AI dengan selamat atau memenuhi tuntutan pengawalseliaan. Hal ini amat kritikal bagi Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat, Ketua Pegawai Data dan Ketua Pegawai AI yang menanggung beban risiko, keselamatan, serta pematuhan apabila AI bergerak daripada peringkat rintis ke operasi berskala penuh.”

“Cloudera memainkan peranan penting dalam memecahkan silo data dengan membawa data perusahaan ke dalam satu platform bertadbir urus, di mana ia telah dikurasi, diproses dan dipercayai,” kata Pramod Mahadevan, Naib Presiden Ekosistem Produk Data & Analitik di ServiceNow. “Dengan memanfaatkan cerapan berkualiti tinggi tersebut, kami dapat memacu automasi pintar dan aliran kerja. Langkah ini membolehkan remedi gelung tertutup (closed-loop remediation) yang membantu organisasi mengenal pasti, menangani dan menyelesaikan isu dengan lebih cekap serta lebih yakin menggunakan ServiceNow AI Platform.”

Kerjasama ini dibina atas perkongsian kukuh yang telah terjalin, dengan ServiceNow menyertai ekosistem rakan AI Cloudera pada tahun 2025. Melalui peluasan perkongsian ini, Workflow Data Fabric Zero Copy Connector baharu untuk ServiceNow membolehkan perusahaan menghubungkan setiap tindakan berasaskan AI terus kepada sumber data asal—tanpa perlu memindahkan maklumat sensitif. Sebagai penyambung pertama di pasaran yang menawarkan tadbir urus AI hibrid-native sebenar tanpa salinan (true zero-copy) serta bersepadu dengan ServiceNow, organisasi kini boleh mengoperasikan AI pada skala besar dengan kawalan, pematuhan dan kepercayaan yang diperlukan bagi persekitaran produksi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Workflow Data Fabric Zero Copy Connector Cloudera untuk ServiceNow, muat turun kertas putih terkini kami atau kunjungi reruai Cloudera di ServiceNow Knowledge26, #4514. Cloudera juga akan menyertai sesi di Knowledge26 termasuk Fuel ServiceNow AI Agents with Zero Copy Data pada jam 3.00 petang, Selasa, 5 Mei, serta Cloudera Enterprise Data Meets ServiceNow AI for Agentic Workflow pada jam 2.30 petang, Khamis, 7 Mei.

Perihal Cloudera
Cloudera merupakan satu-satunya syarikat platform data dan AI yang dipercayai oleh organisasi besar untuk membawa AI terus ke lokasi data mereka. Tidak seperti penyedia lain, Cloudera menawarkan pengalaman awan yang konsisten dengan penyatuan awan awam, pusat data di premis, dan edge — semuanya berlandaskan asas sumber terbuka yang telah terbukti. Sebagai perintis dalam bidang data besar, Cloudera memperkasakan perniagaan untuk menerapkan AI dan mengawal 100% data mereka dalam semua bentuk, sekali gus menambah baik keselamatan, tadbir urus serta cerapan masa nyata dan ramalan. Jenama terbesar dunia merentas semua industri bergantung kepada Cloudera untuk mengubah cara membuat keputusan dan akhirnya meningkatkan keuntungan, melindungi daripada ancaman, serta menyelamatkan nyawa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn serta X. Cloudera dan tanda dagangan berkaitan adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain adalah tanda dagangan milik pemilik masing-masing.

Perihal ServiceNow
ServiceNow (NYSE: NOW) ialah menara kawalan AI untuk transformasi semula perniagaan. ServiceNow AI Platform bersepadu dengan mana-mana awan, mana-mana model, dan mana-mana sumber data untuk menyelaras aliran kerja merentas seluruh perusahaan. Dengan menyatukan sistem legasi, alat jabatan, aplikasi awan, dan ejen AI, ServiceNow menyediakan satu paparan tunggal yang menghubungkan kecerdasan dengan pelaksanaan di seluruh perniagaan. Dengan lebih daripada 80 bilion aliran kerja dijalankan di platform ini setiap tahun, ServiceNow membantu organisasi menukar operasi berpecah-belah kepada aliran kerja autonomi yang diselaraskan serta menghasilkan keputusan yang boleh diukur. Ketahui bagaimana ServiceNow menggerakkan AI untuk manusia di www.servicenow.com.

© 2026 ServiceNow, Inc. Hak cipta terpelihara. ServiceNow, logo ServiceNow, Now dan tanda dagangan ServiceNow lain adalah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar milik ServiceNow, Inc. di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Nama syarikat, nama produk dan logo lain mungkin merupakan tanda dagangan milik syarikat masing-masing.

Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com 


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:

Sign up for:

Today in the News

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.